<

PengYu jr Dancing (bajurian homeboys)

MusicUnLimited 'FRYING' (bajurian homeboys)

Monday, October 12, 2009

Ops Batik
-iqbal-


En Gendut, En Iqbal, En Batik & En Pojai


Kita regangkan badan En Batik


Kemudian kita tarik ekor dia..


Bersedia untuk di pijak...


Eh! En Batik malu la plak..


Pawang Mang memulakan urutan batin...


Akhir sekali kita tarik sampi semua ototnya regang...
Pelan & Lokasi Mukim Gambut
-iqbal-



1 . Simpang Kampung Haji Bajuri

2 . Tanah Perkuburan Islam Gambut


3 . Simpang Parit Moin II


4 . Lorong Haji Tahir


5 . Simpang Parit Tembaga


6 . Simpang Parit Samak - Kg Haji Bajuri


7 . Simpang Parit Moin II - Parit Samak


8 . Hentian Mahkota Parit Simen


9 . Simpang Parit Sempadan


10 . Lorong Setia

11 . Simpang Parit Simin - Parit Samak

Wednesday, September 30, 2009

Budak Budak Kampung
-iqbal-

Ni antara gambar gambar budak budak kampung yang sempat aku snap & aktif merayap...

Han, Ayob, Ali & Mulkan

Lepak petang petang

Tunggu matahari terbenam

Man Manap, Akmal Manap & Mamat Saadon

Samin & Ben 10

Meriah malam raya

Meriah tul..

Pehal tengok tengok?

Are u ready??




Tuesday, September 29, 2009

Pemandangan Hentian Mahkota
-Iqbal-

Hentian Mahkota Parit Simen
-Iqbal-


Hai... Hari ni aku nak kenalkan dan tunjukkan pada semua satu tarikan di kawasan Mukim Gambut. Hentian Mahkota. Dahulu dikenali sebagai Medan Ikan Bakar Parit Simen.

Medan Ikan Bakar Kampung Parit Simin dekat sini yang telah beroperasi lebih dua tahun lalu kini dikenali sebagai Hentian Mahkota. Nama baru itu diberikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail yang singgah di situ sempena Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2008.

Hentian Mahkota yang terletak di kawasan Mukim Gambut itu memang terkenal dengan keenakan sajian pelbagai jenis ikan bakar bukan sahaja oleh penduduk setempat, malah menjadi tumpuan pengunjung luar.





Monday, September 28, 2009

Sekitar Kampung
-Iqbal-


Ok..Hari ni aku kembali lagi. Kali ni aku nak cerita pasal kawasan sekitar kampung. Aku ada snap beberapa gambar. So mari kita lihat.


Signboard jalan kubur
(jgn marah.. kawasan ni la selalu kita lupakan)



Pondok wakaf kubur

Kawasan sekitar Tanah Perkuburan

Nisan Haji Zaiyadi bin Haji Bajuri

Surau Parit Bajuri Darat

Simpang Parit Tembaga

Pondok Kampung Haji Bajuri

So.. sampai sini dululah.


Sunday, September 27, 2009

Budak Budak Kampung
-iqbal-


Budak budak kampung ni semuanya suka melepak sambil meronda kampung. Dalam erti kata lain berkawal malam secara sukarela. Kalau ada masa masa terluang, kitaorang akan melepak kat 'gate' Parit Simen.


Ini otai kampung Mulkan ngan Ayob 'Bengkok'.


Kat Parit Sempadan diaorang ada tubuhkan SRS. jadi kawalan mereka lebih teratur dan bergilir. Bagi kaum Parit Simen & Parit Bajuri, kita orang lebih suka buat secara sukarela. Nak jaga jaga lah. Tak nak tak pe. Tapi kebanyakan malam pasti ada orang jaga.



Otai berbaju pink Zaipudin a.k.a Pojai, Ali, Din, Mulkan


Muafakat dan semangat kerjasama amat kuat antara kami. Jadi kalau ada apa apa masalah terjadi dalam kampung, dengan satu panggilan, sekampung dah penuh. Tapi apapun budak budak kampung ni adalah yang terbaik kalau terlibat dalam Ops Mengesan. Ha Ha Ha



Mamat 'mane tu', Ali, Akmal, Ben 10

Banyak lagi aku nak tulis pasal budak kampung ni. Tapi penatla. ni aku bagi gambar je la. Nak tgok lagi banyak gambar sila berkunjung ke http://www.friendster.com/kampunghajibajuri

Saturday, September 26, 2009

Majlis Marhaban Kampung, Syawal 1430
-iqbal-









KAMPUNG HAJI BAJURI
-iqbal-

Selamat datang ke blog Kampung Haji Bajuri. Nama sebenar kampung ini ialah Parit Haji Bajuri, Batu Pahat Johor. Kampung ini terletak di dalam kawasan Mukim Gambut. Terdapat 4 buah kampung utama dalam mukim ini. Parit Moin II, Parit Haji Bajuri, Parit Simen, Parit Sempadan.


Kampung Haji Bajuri